IS: Jepun arah kedutaan tingkat keselamatan

IS: Jepun arah kedutaan tingkat keselamatan

TOKYO, 11 Sept (AFP) – Jepun telah mengarahkan peningkatan keselamatan di kedutaannya di seluruh dunia, kata pegawai tertinggi hari ini, selepas kumpulan Islamic State (IS) menyatakan misinya di Indonesia, Malaysia dan Bosnia-Hercegovina sebagai sebahagian daripada ancaman meluas.

Langkah itu dibuat lapan bulan selepas IS mendakwa memancung dua tebusan Jepun di Syria dan di tengah-tengah kebimbangan di negara sendiri berhubung keributan penggubalan undang-undang yang pengkritik takuti akan mengheret negara pasifik itu ke dalam peperangan luar negara.

Dalam isu terbaru majalah Dabiq, kumpulan jihad itu mengeluarkan ancaman ke atas 70 “buah negara salib” dan “tentera musuh”.

“Apa, sebagai contoh, menghindarkan (seorang jihad) daripada disasarkan…komuniti di Dearborn, Michigan, Los Angeles, dan New York City? Atau menyasarkan misi diplomat Panama di Jakarta, Doha, dan Dubai? Atau menyasarkan misi-misi diplomat Jepun di Bosnia, Malaysia dan Indonesia? Atau menyasarkan diplomat-diplomat Arab Saudi di Tirana, Albania, Sarajevo, Bosnia dan Pristinia, Kosovo?” katanya.

Jurucakap tertinggi kerajaan Yoshihide Suga memberitahu wartawan di Tokyo hari ini bahawa keselamatan akan dipertingkatkan pada hampir 200 misi diplomatik Jepun seluruh dunia.

“Kami sedar mengenai (ancaman ini) dan, dalam kerjasama bersama negara-negara hos, keselamatan dipertingkatkan,” katanya.

Dia tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai langkah-langkah yang akan diambil. Erika Nakano, seorang jurucakap bagi kedutaan Jepun di Jakarta, berkata bangunan yang dikawal ketat sudah mempunyai “keselamatan yang ketat” dan urusan berjalan seperti biasa.

“Kami okey dan mempunyai hubungan yang baik dengan polis Jakarta – hanya itu yang dapat saya katakan kepada anda,” katanya menjawab persoalan daripada AFP.

Parlimen Jepun dijangka akan meluluskan penggubalan undang-undang minggu depan yang akan mengembangkan peranan tenteranya, dan kemungkinan meletakkan tentera dalam pertempuran buat kali pertama sejak berakhir Perang Dunia II.

Bagaimana pun, tiada gambaran bahawa Jepun mempunyai perancangan segera untuk terlibat dalam kempen ketenteraan menentang IS.

ARTIKEL YANG SAMA