IS kehilangan kawasan setiap hari

IS kehilangan kawasan setiap hari

WASHINGTON, 12 Mei (AFP) – Kumpulan Islam IS ketinggalan di Iraq, dengan berusaha sedaya upaya untuk menambah kedudukannya selepas ia diserang dan ia semakin tidak mampu meningkatkan operasi besar, menurut seorang jeneral AS semalam.

Major Jeneral Gary Volesky yang berpangkalan di Baghdad berkata usaha-usaha berbaloi bagi pasukan keselamatan Iraq yang dibantu AS, yang berusaha menawan semula wilayah-wilayah yang ditawan oleh pejuang-pejuang jihad IS pada tahun 2014, termasuklah bandar-bandar utama Mosul dan Fallujah di wilayah Anbar dan Nineveh.

“Kemampuan pejuang jihad untuk melancarkan operasi serangan besar terutamanya terhenti,” Volesky memberitahu para pemberita Pentagon dalam panggilan video.

“Mereka lebih bertahan, cuba untuk menangguhkan pasukan keselamatan Iraq hanya untuk melengah-lengahkan masa.”

Dia menambah kata kumpulan IS ‘kehilangan kawasan setiap hari.”

Pada Ogos 2014, AS melancarkan pasukan campuran antarabangsa untuk melawan balik kumpulan IS selepas mereka menawan kawasan-kawasan besar di Syria dan Iraq.

Volesky berkata pada awal kempen, adalah biasa menyaksikan berbelas-belas serangan pejuang jihad sekali gus, tetapi serangan itu kurang kerap kini.

“Apabila kami sering melihat, 50, 60, 70 orang pejuang, kini apa yang kami lihat ialah lima hingga lapan, mungkin 15, dengan bersekutu pengebom kereta berani mati.”

“Kami tidak melihat mereka menghasilkan operasi besar. Kami menjangkakan kira-kira dua hingga tiga minggu kitaran selepas mereka melancarkan operasi untuk hanya dapat cuba menghasilkan kuasa gempur mencukupi untuk mengekalkan kaitan.”

Masih, para pejuang jihad masih melancarkan serangan mengejut pada 3 Mei di utara Iraq, apabila seorang anggota tentera laut Navy SEAL terbunuh apabila satu misi untuk menyelamatkan para penasihat AS yang bekerja dengan pasukan peshmerga.

Dan tiga bom kereta di Baghdad, termasuklah letupan kuat di sebuah pasar di kawasan Syiah, telah membunuh kira-kira 94 orang semalam. Kumpulan IS mengaku melancarkan semua serangan.

ARTIKEL YANG SAMA