IS keluar dari bandar Anbar, Iraq

IS keluar dari bandar Anbar, Iraq

BAGHDAD, 13 Mac (AFP) – Kumpulan Islamic State (IS) hari ini mengundurkan para pejuangnya dari Rutba, sebuah bandar padang pasir di wilayah Anbar barat Iraq, menurut datuk bandar dan jeneral tentera.

“Daesh (IS) sepenuhnya keluar dari Rutba dan pergi menuju ke Al-Qaim,” kata mejar jeneral memberitahu AFP, merujuk kepada benteng kumpulan jihad di sempadan dengan Syria, di utara jauh Anbar.

“Lelaki bersenjata Daesh mula keluar tengah malam dan selesai berundur pada pagi ini,” kata pegawai kanan, bercakap tanpa menyatakan identiti. “Rutba kini bebas daripada Daesh.”

Datuk bandar bagi bandar yang terletak kira-kira 390km barat Baghdad di menuju ke Jordan, mengesahkan yang IS telah berundur.

“Daesh telah berundur. Mereka tidak ada lelaki bersenjata di sana sekarang,” kata Imad Ahmed.