IS letup menara makam di Palmyra

IS letup menara makam di Palmyra

DAMSYIK, 4 Sept (AFP) – Para jihad kumpulan Islamic State (IS) telah meletupkan tiga menara makam terkenal di bandar pasir purba lama Palmyra, Syria, menurut ketua antikuiti negara hari ini.

“Mereka meletupkan tiga menara makam, yang paling cantik dan dipulihara dengan baik,” Maamoun Abdelkarim memberitahu AFP.

Berita mengenai kemusnahan di tapak terkenal dunia itu, diambil oleh para jihad berkenaan pada Mei, berikutan pemusnahan mereka ke atas tapak suci purba Baal Shamin dan Kuil Bel berusia 2,000 tahun.

“Kami menerima laporan itu 10 hari yang lalu namun kami baru saja mengesahkan berita itu,” kata Abdelkarim.

“Kami menerima imej satelit daripada Inisiatif Warisan Syria berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang diambil pada 2 September.”

Menurutnya, makam itu dimusnahkan oleh IS termasuk yang paling disanjungi – Menara Elahbel.

Keseluruhan Palmyra, termasuk empat pusara di luar dinding bandar purba itu, telah disenaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO sejak 1980.