IS letupkan kuil purba Palmyra

IS letupkan kuil purba Palmyra

DAMASYIK, 24 Ogos (Reuters) – Kumpulan militan Negara Islam (IS) semalam meletupkan kuil Baal Shamin, salah satu kawasan paling penting di bandar purba Palmyra di Syria, menurut Maamoun Abdul Karim, ketua antikuiti negara berkenaan.

Pengeboman kuil tersebut menjadi yang pertama oleh pemberontak, yang menguasai sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq serta menawan Palmyra pada Mei, sekali gus memusnahkan monumen tinggalan era Roman.

“Kami sudah berulang kali nyatakan fasa akan datang ialah mereka yang suka bersikap ganas ke atas orang lain dan apabila mereka ada masa akan mula memusnahkan kuil-kuil,” Abdul Karim memberitahu Reuters.

“Saya melihat Palmyra dimusnahkan di depan mata saya,” tambahnya. “Tuhan tolonglah kami pada masa mendatang.”

Gambar fail bertarikh 13 Januari 2013 menunjukkan pemandangan dari udara sebahagian bandar purba Palmyra yang diletupkan oleh kumpulan IS. – AFP
Gambar fail bertarikh 13 Januari 2013 menunjukkan pemandangan dari udara sebahagian bandar purba Palmyra yang diletupkan oleh kumpulan IS. – AFP

Seminggu lepas, kumpulan militan menyembelih Khaled Asaad, bekas ketua antikuiti berusia 82 tahun dan bekerja lebih 50 tahun di Palmyra, selepas menahan dan menyoal siasat beliau selama lebih sebulan.

Sebelum penawanan bandar itu oleh IS, para pegawai Syria berkata mereka memindahkan beratus-ratus patung purba ke lokasi selamat kerana bimbang kumpulan militan akan memusnahkannya.

Pada Jun, IS meletupkan dua malam purba di Palmyra yang buka sebahagian struktur era Roman tetapi yang kumpulan militan terbabit anggap sebagai jahiliah.

Kumpulan militan juga mula mencari gali emas dan memberikan lesen bagi penggalian haram harta karun bandar berkenaan, tambah Abdul Karim.