IS mengakui terlibat serangan di Orlando

IS mengakui terlibat serangan di Orlando

ORLANDO, 13 Jun (AFP) – Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab ke atas insiden di Orlando yang mana 50 orang mati ditembak seorang penye-rang dalam sebuah kelab gay.

“Tuhan membenarkan Omar Mateen, antara askar khalifah untuk melakukan serangan yang memasuki perhimpunan gay di dalam kelab malam, …di Orlando, Florida dengan membunuh dan mencederakan lebih 100 dari mereka,” kata kenyataan disiarkan buletin radio Al-Bayan.

Pihak berkuasa hari ini mengurangkan angka kematian akibat insiden tembakan rambang di kelab malam gay di sini kepada 49 orang termasuk penyerang yang terbunuh ketika berdepan dengan polis.

Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Paul Wysopal mengurangkan angka kematian itu pada awal Isnin ketika sidang akhbar dengan berkata: “Kami tidak memasukkan penembak sebagai mangsa.”

Mateen, berusia 29 tahun berasal dari New York dan anak pendatang Afghanistan, membuat panggilan 911 dan berikrar setia kepada IS sejurus sebelum melakukan pembunuhan beramai-ramai, menurut FBI.

Gabenor Florida Rick Scott tiba untuk sidang akhbar di South Orange Avenue di Orlando semalam. Insiden penembakan di Kelab Malam Pulse, yang membunuh 49 orang dan mencederakan 53 merupakan insiden yang paling teruk dalam sejarah Amerika. – AFP
Gabenor Florida Rick Scott tiba untuk sidang akhbar di South Orange Avenue di Orlando semalam. Insiden penembakan di Kelab Malam Pulse, yang membunuh 49 orang dan mencederakan 53 merupakan insiden yang paling teruk dalam sejarah Amerika. – AFP

Kumpulan IS mengisytiharkan pembentukan sebuah ‘khalifah’ di Syria dan Iraq pada tahun 2014.

Serangan semalam merupakan insiden paling buruk dalam sejarah Amerika moden, dan telah dilakukan di kelab malam Pulse Orlando.

Pemimpin-pemimpin dunia mengutuk serangan yang kejam itu.

“Kita tahu cukup untuk mengatakan bahawa ini adalah satu tindakan keganasan, dan satu tindakan kebencian,” jelas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Serangan itu juga adalah tindakan yang paling teruk sejak serangan 11 September 2001 yang dituntut oleh Al-Qaeda.

ARTIKEL YANG SAMA