IS musnahkan kuil terkenal di Palmyra

IS musnahkan kuil terkenal di Palmyra

BEIRUT, 31 Ogos (AFP) – Kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS) telah meletupkan beberapa bahagian Kuil Bel di bandar lama Syaria, Palmyra, menurut pemerhati dan aktivis.

Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria berkata lewat semalam bahawa kumpulan pejuang jihad itu telah menyimpan bahan letupan di dalam kuil terkenal itu, yang memusnahkan sebahagian bangunan yang dianggap paling penting bagi Palmyra.

Mohamed Hassan al-Homsi, seorang aktivis dari Palmyra, juga melaporkan kemusnahan sebahagian itu pada malam semalam, seminggu selepas IS memusnahkan kuil Baal Shamin di tapak bersejarah Yunani-Romawi.

“Mereka menyimpan bahan letupan hari ini, menggunakan kotak perangkap samar dan tong-tong yang telah pun disediakan oleh IS,” menurutnya.

“Ini adalah kuil paling penting bagi pelancong-pelancong dan bagi penduduk Palmyra. Mereka sering mengadakan festival di sana.”

Kuil Bel yang wujud sejak era Romania yang sebahagiannya dimusnahkan oleh IS di bandar Palmyra, Syria. - Reuters
Kuil Bel yang wujud sejak era Romania yang sebahagiannya dimusnahkan oleh IS di bandar Palmyra, Syria. – Reuters

Homsi, nama samarannya, berkata bahagian dalam kuil itu telah musnah dalam letupan.

Ketua Kepurbaan Syria Maamoun Abdelkarim, yang dihubungi melalui telefon di Damsyik berkata dia tidak dapat mengesahkan tentang kemusnahan itu.

Menurutnya “Berita angin tentang kemusnahan ini selalu muncul, dengan itu kita mesti berhati-hati tentang berita seperti ini.”

Juga tidak ada gambar dikeluarkan oleh IS tentang kemusnahan yang dilaporkan itu.

Laporan muncul seminggu selepas IS meletupkan kuil lebih kecil iaitu Baal Shamin di puing-puing Palmyra yang dalam senarai UNESCO.

Kemusnahan itu kali pertama dilaporkan oleh aktivis-aktivis dan Abdelkarim, dan kemudian disahkan dengan gambar-gambar di online IS.

IS, yang menguasai kawasan besar di Syria dan negara jiran, Iraq, telah menawan Palmyra pada 21 Mei lalu yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa tentang nasib tapak warisan yang dihuraikan oleh UNESCO sebagai “nilai universal yang ulung.”

ARTIKEL YANG SAMA