IS musnahkan tapak warisan Palmyra

IS musnahkan tapak warisan Palmyra

BEIRUT, 5 Okt – Pasukan pelampau Negara Islam telah meletupkan Gerbang Triumph di bandar lama Syria, Palmyra, menurut ketua barangan purba negara itu hari ini, ketika pejuang jihad meneruskan kempen mereka untuk memusnahkan tapak warisan berharga itu.

Para militan telah melancarkan kempen pemusnahan ke atas tapak warisan di kawasan-kawasan di bawah kawalan mereka di Syria dan Iraq dan dalam pemancungan kepala bekas ketua barangan purba Palmyra yang berusia 82 tahun pada pertengahan Ogos lalu.

Pengarah barangan purba Syria Maamun Abdulkarim memberi amaran tentang kemusnahan yang akan melanda di tapak warisan dunia yang disenaraikan UNESCO, yang dihapuskan oleh para pejuang jihad sejak menawan puing-puing pada Mei lalu.

“Ini adalah pemusnahan berterusan bandar itu. Mereka mahu memusnahkannya sepenuhnya,” Abdulkarim memberitahu AFP.

“Mereka mahu memusnahkan amphitheatre, deretan tiang. Kini kami bimbangkan keseluruhan bandar,” tambahnya, dengan menggesa masyarakat antarabangsa supaya mencari jalan untuk menyelamatkan Palmyra.”

Pelampau Negara Islam telah meletupkan gerbang Triumph yang terkenal di Palmyra bandar purba Syria, kata seorang aktivis dan pemantauan kumpulan, dengan mengadakan kempen untuk meruntuhkan tapak warisan yang berharga itu. – AFP
Pelampau Negara Islam telah meletupkan gerbang Triumph yang terkenal di Palmyra bandar purba Syria, kata seorang aktivis dan pemantauan kumpulan, dengan mengadakan kempen untuk meruntuhkan tapak warisan yang berharga itu. – AFP

Dikenali sebagai “Mutiara Gurun’, bandar wahah lama Palmyra terletak kira-kira 210 kilometer timur laut Damsyik menjadi terkenal sebagai tempat persinggahan bagi karavan yang membuat perjalanan di Silk Road.

Kubu kota dan puing-puing termasuk dalam senarai Warisan Dunia UNESCO dan sebelum perang kira0kira 150,000 orang pelancong setahun mengunjungi Palmyra.

Kumpulan pelampau Sunni IS telah pun memusnahkan tempat suci Baal Shamin dan Kuil Bel yang berusia 2,000 tahun yang dianggap sebagai karya agung Palmyra, sebagai sebahagian dari kempen untuk memusnahkan monumen sebelum Islam, makam dan patung-patung yang dianggapnya menyerupai pemujaan.

Pakar-pakar berkata para militan telah menggunakan pemusnahan untuk menaikkan profilnya untuk menarik rekrut-rekrut baru dan juga membiayai ‘khalifah’ mereka dengan menjual artifak di pasaran gelap.