IS rasmi mengaku serang Jakarta

IS rasmi mengaku serang Jakarta

KAHERAH, 15 Jan (Reuters) – Militan IS secara rasmi mengaku bertanggungjawab atas serangan di Jakarta awal hari ini yang mengorbankan tujuh orang, lima daripadanya penyerang.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata: “Sekumpulan tentera khalifah di Indonesia menyasarkan pakatan tentera salib yang memerangi IS di Jakarta, meletakkan beberapa peranti letupan yang meletup ketika empat tentera (IS) menyerang menggunakan senjata ringan dan tali pinggang bom.

“Kenyataan IS itu menyebut 15 orang maut dalam kejadian itu, namun kiraan rasmi dikeluarkan kerajaan Indonesia adalah tujuh.

Satu agensi berita sekutu IS terdahulu melaporkan kumpulan militan itu bertanggungjawab atas serangan terbabit.

Bunga dan sepanduk yang berbunyi ‘Kami tidak takut’ dipaparkan di luar kedai kopi Starbucks yang mengalami kerosakkan di tengah Jakarta. - AFP
Bunga dan sepanduk yang berbunyi ‘Kami tidak takut’ dipaparkan di luar kedai kopi Starbucks yang mengalami kerosakkan di tengah Jakarta. – AFP