IS sahkan kematian ‘John Berani Mati’

IS sahkan kematian ‘John Berani Mati’

BEIRUT, 20 Jan – Kumpulan militan IS mengesahkan kematian ektremis British ‘Berani Mati John’, yang dikatakan terkorban dalam serangan dron di kubu kuat mereka di Raqa, november lalu.

Lahir dengan nama Mohammed Emwazi, dia dikenali sebagai pemenggal kepala kumpulan itu yang tampil bertopeng dalam beberapa siri video menunjukkan tebusan warga Barat dipenggal.

Dalam majalah online Dabiq, kumpulan itu berkata, Emwazi terkorban pada 12 november lalu “apabila kereta yang dinaiki menjadi sasaran dalam serangan dron di bandar Raqa”.

Tentera Amerika Syarikat berkata, pada waktu itu adalah ‘paling munasabah’ bahawa dia terbunuh dalam serangan berkenaan.

“IS menyifatkan Emwazi sebagai ‘syahid’ dan berdoa kepada Allah …bagi membolehkan Tuhan memberi keampunan kepadanya dan memasukkannya dalam syurga Firdaus,” katanya.

Gambar seorang lelaki bertopeng, berpakaian militan hitam, yang telah dikenal pasti oleh akhbar Wash-ington Post sebagai warga Britain bernama Mohammed Emwazi, mengacukan pisau, imej gambar dari video tahun 2014 yang diperolehi daripada SITE Intel Group. - Reuters
Gambar seorang lelaki bertopeng, berpakaian militan hitam, yang telah dikenal pasti oleh akhbar Wash-ington Post sebagai warga Britain bernama Mohammed Emwazi, mengacukan pisau, imej gambar dari video tahun 2014 yang diperolehi daripada SITE Intel Group. – Reuters

Dabiq dalam satu artikel kepada Emwazi sambil menyifatkan dia sebagai ‘saudara terhormat’ yang terkenal dengan sifat ‘keampunan dan kejujuran’ dan pernah menyerahkan gundik sebagai hadiah kepada ‘seorang pejuang yang cedera.’

Masyarakat dunia tahu sikap kejam pemenggal kepala yang bercakap Inggeris dengan loghat British dan dikenali sebagai ‘John Berani Mati’ selepas tebusan memberi nama gelaran kepada kumpulan IS sebagai The Beatles.

Dia muncul dalam video sulung pada ogos 2014 lalu menunjukkan kepala James Foley, seorang wartawan bebas Amerika dipenggal selepas ditawan di Syria pada 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA