IS sembelih bekas ketua ahli arkeologi

IS sembelih bekas ketua ahli arkeologi

BEIRUT, 20 Ogos – Kumpulan Negara Islam (IS) menyembelih pesara ketua ahli arkeologi Palmyra berusia 82 tahun selepas beliau enggan meninggalkan bandar purba berkenaan, menurut ketua antikuiti Syria.

Kawasan Warisan Dunia UNESCO tersebut yang terkenal kerana memulihara runtuhan Greco-Roman, Palmyra yang ditawan daripada tentera kerajaan pada Mei, dan keadaan itu mencetuskan kebimbangan anggota IS mungkin akan memusnahkan warisan tersebut seperti yang pernah lakukan ke atas bahagian lain di Syria dan Iraq.

Ketua antikuiti pihak berkuasa Syria, Maamoun Abdulkarim memberitahu AFP beliau sudah meminta Khaled al-Assaad supaya meninggalkan Palmyra, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

“Beliau memberitahu kami: ‘Saya dari Palmyra dan saya akan terus tinggal di dini meskipun mereka akan membunuh saya.’”

Abdulkarim berkata Assaad dibunuh pada tengah hari Selasa lepas di Palmyra, di bahagian tengah wilayah Homs.

Khaled al-Assaad memberitahu rakan-rakannya beliau akan tetap terus tinggal di Palmyra meskipun IS akan membunuhnya. – AFP
Khaled al-Assaad memberitahu rakan-rakannya beliau akan tetap terus tinggal di Palmyra meskipun IS akan membunuhnya. – AFP

“Daesh membunuh salah seorang pakar antikuiti paling penting di Syria,” katanya, menggunakan singkatan bahasa Arab bagi IS. Gambar pembunuhan Assaad di Palmyra diedarkan melalui Internet oleh para penyokong IS.

Pembunuhan itu merupakan salah satu dari beratus-ratus insiden yang sama dijalankan oleh IS di dan sekitar Palmyra sejak IS menawan bandar itu. Amerika Syarikat, Perancis dan UNESCO menyuarakan kemarahan berhubung kematian Assaad. – AFP