IS terus jadi ancaman AS – Obama

IS terus jadi ancaman AS – Obama

WASHINGTON, 5 Ogos – Kumpulan Islam (IS) mungkin terus menjadi ancaman kepada AS, meskipun selepas ia telah disingkirkan dari kubu kuatnya di Iraq dan Syria, Presiden Barack Obama berkata semalam, dengan memberi amaran bahawa penyendiri yang mempercayainya akan masih berinspirasi melancarkan serangan yang lebih sukar untuk dikesan dan dicegah.

Bercakap kepada para pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para penasihat keselamatan tertinggi kebangsaan beliau di Pentagon, Obama berkata AS perlu melakukan lebih baik lagi mengganggu rangkaian keganasan dan memintas mesej-mesej internet yang boleh menyusahkan individu-individu dan mendorong mereka untuk bertindak.

“Apa yang ISIL fahami ialah jika mereka boleh meyakinkan sesetengah orang atau malah seorang untuk melancarkan serangan di jalan bawah, atau pada perarakan atau beberapa tempat awam lain dan membunuh ramai orang bukan ribuan orang, ia masih mewujudkan sejenis ketakutan dan kebimbangan yang mengangkat profil mereka,” kata Obama lagi.

Menurut beliau pengganasan tidak mungkin dihapuskan oleh pentadbiran beliau atau pengganti-pengganti beliau dan beliau sentiasa menggesa pasukannya supaya mencari idea-idea baru untuk memerangi masalah ini.

Obama ketika bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter dan ahli-ahli Ketua Turus Bersama, di Pentagon semalam. – AFP
Obama ketika bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Ashton Carter dan ahli-ahli Ketua Turus Bersama, di Pentagon semalam. – AFP

“Saya belum dapat menerimanya, ia mengganggu saya bila saja ia berlaku,” katanya. Tetapi beliau menambah kata, “Saya berpendapat oleh sebab usaha luar biasa kita tanah air lebih selamat dari yang sebaliknya..”

Kumpulan Islam IS mengaku bertanggung jawab bagi sebilangan pembunuhan beramai-ramai kebelakangan ini, termasuklah serangan pada hari Bastille Day di Nice, Perancis, bulan lalu yang mengorbankan lebih 80 orang dan penembakan di kelab malam Orlando yang mengorbankan 49 orang.

Sementara serangan itu mungkin tidak diarahkan oleh kumpulan itu, para penyerang dilaporkan mendapati inspirasi dari IS.

Obama meningkatkan pertempuran ketenteraan AS ke atas kumpulan Islam IS di Iraq dan Syria, baru-baru ini membenarkan lebih ramai tentera membantu pasukan Iraq bersiap sedia merampas semula bandar utara, Mosul, yang di bawah kawalan IS sejak 2014.

Minggu ini AS melanjutkan kempennya menentang kumpulan itu dengan medan baru serangan udara di Libya, untuk membantu kerajaan bebas di sana menawan semula bandar Sirte. – AP