ISB anjur lawatan ke Pusat Kitar Semula Daikyo

ISB anjur lawatan ke Pusat Kitar Semula Daikyo

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai bumi, sumber-sumbernya dan keperluan bagi kemapanan serta mesra alam, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) telah menganjurkan lawatan ke Pusat Kitar Semula Daikyo dan Pantai Muara bagi murid-murid Tahun 3.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah turut berkenan berangkat bersama-sama rakan sekelas menyertai lawatan berkenaan.

Menurut kenyataan ISB, lawatan bertujuan sebagai pengalaman langsung mengenai tema pembelajaran baru mereka iaitu ‘Picture our Planet’.

Dalam lawatan ke pusat kitar semula, murid-murid belajar mengenai jenis-jenis bahan yang diasingkan dan dipersiapkan untuk dikitar semula di negara ini, di mana mereka turut teruja melihat mesin-mesin menghancurkan kertas dan tin-tin.

Pengurus Daikyo, James Hung dipetik menyatakan, beliau gembira bahawa ISB mendedahkan murid-murid kepada kitar semula di Brunei dan melahirkan harapan bahawa mereka akan mengamalkan di sekolah dan rumah.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah kelmarin berkenan berangkat bersama rakan-rakan sekelas menyertai lawatan ke   Pusat  Kitar Semula Daikyo dan Pantai Muara anjuran Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) untuk meningkatkan pemahaman pelajar mengenai bumi, sumber-sumbernya dan keperluan bagi kemapanan serta mesra alam – Gambar ihsan ISB

Sebahagian pelajar berehat sambil menikmati hidangan juadah ringan sebelum melaksanakan kempen kebersihan di Pantai Muara.
Sebahagian pelajar berehat sambil menikmati hidangan juadah ringan sebelum melaksanakan kempen kebersihan di Pantai Muara.
Para pelajar dan warga ISB turut mengadakan kempen kebersihan di Pantai Muara.
Para pelajar dan warga ISB turut mengadakan kempen kebersihan di Pantai Muara.
Para pelajar ISB melihat secara dekat bagaimana mesin-mesin menghancurkan kertas untuk dikitar semula.
Para pelajar ISB melihat secara dekat bagaimana mesin-mesin menghancurkan kertas untuk dikitar semula.

“Semua pelajar mempunyai soalan yang unik dan melahirkan sifat ingin tahu yang tinggi mengenai prosesnya, saya dapat melihat mereka sebagai pejuang hijau masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, semasa di Pantai Muara, murid-murid berehat sambil menikmati hidangan juadah ringan sebelum melaksanakan kempen kebersihan dengan mengutip sampah.

Menurut kenyataan itu lagi, aspek penting kempen ini bukan sahaja sekadar mengutip sampah tetapi juga mengasingkan bahan-bahan kertas, plastik dan besi untuk dikitar semula.

ISB telah lama menyokong pemuliharaan dan kemapanan alam sekitar, dengan kampus baru mereka seluas 22 ekar di Sungai Hanching yang menerima anugerah hijau merupakan sekolah eko pertama sejenisnya di Borneo.

Mereka juga telah lama bekerjasama dengan Daikyo untuk menjadi pusat kitar semula dan merancang membangunkan Pusat C.A.R.E (Conservation and Action towards Recycling and the Environment).

ARTIKEL YANG SAMA