ISB anjurkan Kejohanan Challenge Shield Basketball

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Bagi meningkatkan semangat kerjasama berpasukan dan membina keyakinan dalam diri, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menganjurkan Kejohanan Challenge Shield Basketball 3×3 yang pertama kali diadakan di negara ini dan diadakan di Dewan Sukan Serba Guna ISB, semalam.

Cabaran itu dianjurkan oleh ISB bersama Akademi Sukan Shooting Stars dan disokong oleh Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA).

Pengasas Shooting Stars Brunei dan penganjur bersama pertandingan, Ken Han menjelaskan objektif kejohanan itu diadakan adalah untuk meningkatkan semangat berpasukan dan memberi peluang kepada setiap pemain untuk menerapkan apa yang mereka pelajari semasa latihan, dengan harapan dapat membina keyakinan diri dan yang utama memberi pengalaman seronok bermain bola keranjang.

Kejohanan itu disertai oleh 41 pasukan yang terdiri daripada 164 orang pemain dari sekolah-sekolah di seluruh negara dan sebanyak empat kategori disediakan dalam kejohanan itu iaitu B13 Lelaki, B15 Lelaki, B18 Lelaki dan B18 Perempuan.

Pada akhir perlawanan, Pasukan Yeezus telah memenangi Kategori B13 Lelaki, Mum Bakery dalam Kategori B15 Lelaki, Space Jam dalam Kategori B18 Lelaki dan Granny Shots dalam Kategori B10 Perempuan.

Antara aksi para peserta dalam kejohanan itu yang pertama kali dianjurkan oleh Sekolah Antarabangsa Brunei ( ISB).

Format pertandingan ialah secara round robin, yang membolehkan semua pesaing untuk mendapatkan jumlah maksimum ketika perlawanan kompetitif sementara membezakan pasukan terkuat di antara pasukan yang lain, sementara itu, sukatan masa standard, mengadili dan penilaian mata telah diambil, ini adalah bertujuan untuk memungkinkan sebarang sokongan yang diberikan oleh penganjur kepada Majlis Pelajar ISB.

Perlawanan yang disokong oleh FIBA itu, memberi peluang kepada semua pemain untuk mendapatkan mata ranking dan meletakkan mereka di kedudukan antarabangsa dalam semua kejohanan 3×3 yang diiktiraf FIBA.

Penganjur bersama pertandingan turut mengucapkan penghargaannya kepada Rizal Printing, Yugo Ice dan You. C1000 di atas piala dan pingat yang disediakan, dan mereka turut menyatakan harapan “agar ia dapat diteruskan lagi, dan kejohanan itu dapat membantu menggali bakat bermain bola keranjang di kalangan belia tempatan untuk menjadi pemain bagi pasukan kebangsaan akan datang.”