ISB corak pengajian bertaraf antarabangsa

ISB corak pengajian bertaraf antarabangsa

Oleh Siti Nur Wasimah S & Sim Y.H

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 April – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) kini merancang untuk memberikan peluang biasiswa kepada pelajar-pelajar tempatan di negara ini bagi meneruskan pengajian mereka ke ISB.

Pengetua Eksekutif ISB, Dr Steven Geraghty semasa ditemu bual pada majlis perasmian kampus baru ISB di Kampung Sungai Hanching, hari ini, menjelaskan bahawa biasiswa ini menawarkan sehingga 90 peratus yuran penuh, bagi bidang sukan, bidang seni dan bidang akademik mengikut syarat-syarat yang dikehendaki.

Setakat ini, seramai 1,260 orang pelajar sedang menuntut di ISB yang mewakili 46 buah negara di mana mereka diberikan kemudahan pengajian akademik dan kemudahan sukan di samping penyediaan penginapan asrama kelas pertama.

Dr Steven menjelaskan lagi, di samping menyediakan biasiswa kepada pelajar tempatan, perancangan sekolah pada masa akan datang juga adalah untuk menarik minat para pelajar dari luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, Thailand, Korea dan Singapura dalam meningkatkan jumlah pelajar luar dengan penyediaan penempatan asrama dengan kerjasama pihak-pihak kementerian yang terlibat.

Bagi merealisasikan perancangan ini, jelasnya, ISB telah menubuhkan sebuah pasukan pemasaran untuk menarik minat para pelajar di luar negara dan meyakinkan mereka bahawa Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang dipercayai dapat melahirkan pendidikan berkualiti.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memotong tali belon sempena perasmian kampus baru Sekolah Antarabangsa Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memotong tali belon sempena perasmian kampus baru Sekolah Antarabangsa Brunei.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kedua-dua anakanda Baginda.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama kedua-dua anakanda Baginda.
ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar ISB.
ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar ISB.

pg04_160420_e

pg04_160420_d

pg04_160420_f

Dr Steven Geraghty ketika ditemu bual media.
Dr Steven Geraghty ketika ditemu bual media.

Dengan adanya peningkatan pelajar dari luar negara, ia juga akan dapat meningkatkan lagi nama ISB di samping menarik minat pelajar untuk memperkembangkan pendidikan mereka di negara ini.

Asrama ISB kini telah diisikan dengan pelajar daripada 19 buah negara yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu asrama Orchid bagi pelajar perempuan dan asrama Bamboo bagi pelajar lelaki.

Sekolah ini telah berkembang sebanyak 42 peratus berbanding empat tahun yang lalu dengan mempunyai 150 kakitangan.

Menurut beliau lagi, dari segi akademik bagi Peperiksaan ‘O’ Level dan Peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), sekolah ini telah berjaya melahirkan 90 peratus pelajar yang mencapai keputusan antara gred A dan C.

Manakala itu, program International Baccalaureate (IB) pula merupakan tarikan bagi pelajar masa kini dan hampir 97 peratus pelajar dari ISB melalui program ini telah berjaya meneruskan pengajian mereka ke peringkat universiti seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Singapura dan juga Universiti Brunei Darussalam.

Dr Steven Geraghty turut melahirkan perasaan gembira dan berbesar hati kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kerana telah berkenan untuk berkunjung dan seterusnya merasmikan bangunan baru ISB berkenaan.

Beliau berharap agar ISB dan pelajar-pelajarnya akan sentiasa bersatu padu dalam mengharumkan nama negara khususnya dalam bidang pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA