ISB sambut Hari Antarabangsa

ISB sambut Hari Antarabangsa

Gambar oleh Aziz Idris

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) menganjurkan Sambutan Hari Antarabangsa tahunannya yang julung-julung kalinya diadakan di kampus barunya di Sungai Hanching, di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah anakanda-anakanda dan cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

Menurut kenyataan ISB, sambutan ini diadakan setiap tahun bagi meraikan kepelbagaian budaya, kerakyatan dan bahasa warga sekolah berkenaan dengan 46 negara diwakili oleh para pelajar sekolah tersebut.

Pada sambutan itu, para pelajar dan kakitangan sekolah serta ibu bapa/keluarga hadir dengan memakai pakaian kebangsaan masing-masing atau negara yang mereka pilih dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Antarabangsa ISB di kampus barunya, di Sungai Hanching, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Antarabangsa ISB di kampus barunya, di Sungai Hanching, kelmarin.

pg01_151114_b

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim (gambar atas) dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (gambar bawah) berangkat sama ke majlis sambutan itu.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim (gambar atas) dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah (gambar bawah) berangkat sama ke majlis sambutan itu.

pg03_151114_b

pg03_151114_c

Sambutan dimulakan dengan perhimpunan di dewan serba guna, di mana mereka menyaksikan pembentangan mengenai pelbagai cara sapaan dalam bahasa yang berbeza, sebelum diikuti dengan perarakan negara-negara, di mana perwakilan dari setiap negara yang ada di ISB berarak masuk ke dewan.

Kemudian acara dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan oleh para pelajar seperti tarian Melayu tradisional, tarian payung Mandarin, tarian tradisi Filipina, nyanyian dalam Bahasa Inggeris/Melayu/Arab oleh para pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD), tarian Hip Hop dan nyanyian Haka dan Maori New Zealand.

Selepas perhimpunan berkenaan, para pelajar pergi ke padang untuk cuba memecahkan rekod dunia bagi lambang mata duit terbesar yang dihasilkan oleh orang, yang mana lebih 1,000 orang kakitangan dan pelajar ISB membentuk lambang mata wang berbanding 600 orang bagi rekod sebelumnya.

Selain daripada itu, sambutan turut dimeriahkan dengan pameran makanan dan pesta ria, di mana para pelajar, guru-guru dan ibu bapa mendirikan lebih 50 pondok pondok berlainan menjual makanan dari negara masing-masing dan membolehkan orang ramai menyertai permainan dan aktiviti menyeronokkan.

ARTIKEL YANG SAMA