ISB sambut TBC

ISB sambut TBC

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) hari ini mengadakan sambutan Tahun Baru Cina yang diserikan dengan nyanyian dan tarian pelajar sekolah tersebut.

Berangkat ke majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

Guru Besar ISB, Darren Sibley dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pentingnya meraikan perayaan tradisional Cina bagi masyarakat Cina di negara ini dan juga di sekolah itu, sebagai menghormati toleransi budaya, selain memahami tradisi masyarakat Cina lebih mendalam lagi.

Gambar atas dan bawah...YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di auditorium sekolah itu di Sungai Akar, yang diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani.
Gambar atas dan bawah…YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di auditorium sekolah itu di Sungai Akar, yang diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani.

pg01_160213_b

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut berangkat pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di ISB.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim turut berangkat pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di ISB.

pg05_160213_b pg05_160213_c

Sambutan Tahun Baru Cina di ISB turut dimeriahkan dengan tarian singa.
Sambutan Tahun Baru Cina di ISB turut dimeriahkan dengan tarian singa.
Antara persembahan sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di ISB.
Antara persembahan sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di ISB.

pg05_160213_f pg05_160213_g

Murid-murid yang datang dengan pakaian merah ke auditorium ISB di Sungai Akar itu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang ditampilkan oleh Bahagian Mandarin sekolah itu.

Perayaan turut diserikan dengan klip video mengenai tradisi Tahun Baru Cina diikuti nyanyian lagu Xin Nian Lai Bao Dao oleh murid-murid di auditorium itu.

Turut diadakan ialah persembahan drama muzikal Rumah Terbuka murid-murid Tahun 4 dari pelbagai negara terdiri daripada China, Korea, Jepun, Australia, Britain dan New Zealand. Ia diikuti persembahan murid Tahun 3 dengan nyanyian Gong Xi Fa Cai, persembahan tarian tanglung, tarian hip-hop dan tarian kipas oleh murid Tahun 4 hingga 6.

Pelajar Menengah ISB kemudiannya memeriahkan lagi suasana dengan tarian singa.

ARTIKEL YANG SAMA