Isi cuti persekolahan dengan aktiviti sihat

Isi cuti persekolahan dengan aktiviti sihat

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Bagi mengisi aktiviti cuti persekolahan dengan perkara-perkara berfaedah, Di’sbrainadventure telah mengadakan Program Super Teen 2016 (STP) yang melibatkan kira-kira 40 remaja berusia antara 12 hingga 18 tahun, di Hutan Simpan Berakas, baru-baru ini.

Menurut penganjur STP, program itu adalah bagi mendedahkan para peserta untuk terlibat dalam aktiviti fizikal yang menumpukan kepada pembangunan keyakinan diri dan kendiri pelajar di samping berpeluang mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Katanya lagi, para peserta yang mengikuti program itu juga tidak dibenarkan untuk membawa sebarang peralatan elektronik sebagai salah satu pendekatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang banyak mempengaruhi golongan muda masa kini.

Para peserta STP bergambar ramai bersama sijil masing-masing.
Para peserta STP bergambar ramai bersama sijil masing-masing.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh para peserta STP di Hutan Simpan Berakas, baru-baru ini.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh para peserta STP di Hutan Simpan Berakas, baru-baru ini.

Antara inti pati program itu termasuk mengadakan aktiviti-aktiviti luar, berkongsi kaedah pembelajaran kemahiran, permainan dan pengalaman serta platform pembangunan sosial yang positif termasuk dari aspek fizikal, mental dan kerohanian. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kemahiran hidup seperti aktiviti di dalam hutan, bersukan, kesenian dan kembara yang pastinya memberikan impak positif kepada perkembangan kemahiran masing-masing.

Dengan perkumpulan seperti itu, ia dapat meningkatkan kebolehan berfikir para peserta secara kritikal terutama dalam membuat keputusan yang terbaik selain dapat berhibur melalui kegiatan yang disediakan penganjur.

Semasa program itu, para peserta turut berpeluang mengeratkan silaturahim dengan peserta lain dan sekali gus membangun kemahiran komunikasi sihat yang sering dilupakan oleh golongan muda masa kini.

ARTIKEL YANG SAMA