Isi musim cuti dengan perkara berfaedah

Isi musim cuti dengan perkara berfaedah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Cuti penggal pertama persekolahan sesi 2016 menjadi percutian bermakna untuk para pelajar jika ia diatur dengan program atau aktiviti cuti sekolah yang berfaedah.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Masyarakat Indonesia di Negara Brunei Darussalam mengadakan kegiatan Pesantren Kilat Liburan Sekolah dengan tema ‘Sanlat Liburan Mika 2016’ atau lebih dikenali sebagai “Menjadi Insan Kamil dengan Al-Quran”.

Menurut Ida Hamzah, menerusi acara ini, seramai 100 orang para pelajar yang terdiri daripada anak-anak warga Indonesia yang bersekolah di Negara Brunei Darussalam dibawa untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat daripada mengisi masa lapang musim persekolahan dengan hanya menonton TV.

“Sepanjang perkhemahan ini, kami akan mengajarkan para pelajar dengan bacaan-bacaan Al-Quran bermula dengan bacaan Bismillah dengan betul. Seterusnya mendengarkan ceramah dan taklimat mengenai dengan alam sekitar, ugama, dan banyak lagi,” jelasnya.

Para pakar dalam bidang agama yang turut menyampaikan ceramah.
Para pakar dalam bidang agama yang turut menyampaikan ceramah.
Salah satu aktiviti yang dijalankan pada acara tersebut.
Salah satu aktiviti yang dijalankan pada acara tersebut.

Aktiviti seperti ceramah sepanjang perkhemahan berkenaan disampaikan oleh para pakar dalam bidang agama yang terdiri daripada Dr. Abdurahman Aki dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Andy Andirus, Mohd Ansori serta Dr Abduh dari Universiti Brunei Darussalam.

Mereka mengenalkan para peserta mengenai alam persekitaran, sains, komputer dan menerapkan akidah bagaimana menghormati orang tua, serta banyak lagi, tambah Ida Hamzah.

Tidak ketinggalan, perkhemahan juga memberikan penerangan mengenai kesedaran tentang bahaya alam siber pada zaman ini.

ARTIKEL YANG SAMA