Iskandar Malaysia kekal trend jualan

Iskandar Malaysia kekal trend jualan

JOHOR BAHRU, 6 Nov (Agensi) – Iskandar Malaysia masih mampu mengekalkan trend penjualan hartanah meskipun berdepan cabaran ekonomi global yang dijangka terus berlaku sehingga menjelang hujung tahun ini. Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Johor, Hoe Mee Ling, berkata bandaraya ini terutamanya dalam kawasan Iskandar Malaysia tidak menunjukkan penurunan ketara dari segi tren penjualan hartanah.

Katanya, selain faktor pembeli daripada negara jiran, kedudukan Iskandar Malaysia dan kemudahan infrastruktur yang baik juga memainkan peranan penting kepada pasaran pemilikan hartanah.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Johor 2015 yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di sini, hari ini.

Setiausaha kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim (dua kanan) bersama Hoe Mee Ling (tengah) melawat pameran sempena Majlis Pelancaran MAPEX 2015 di Johor Baru semalam. – Agensi
Setiausaha kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim (dua kanan) bersama Hoe Mee Ling (tengah) melawat pameran sempena Majlis Pelancaran MAPEX 2015 di Johor Baru semalam. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA