Islam dipertahankan di Australia

Islam dipertahankan di Australia

SYDNEY, 22 Nov (dpa) – Kira-kira 150 ahli kumpulan anti-Islam bertarung dengan beberapa ratusan anti-perkauman dalam satu perhimpunan di bandar kedua terbesar Australia hari ini, media setempat melaporkan.

Kira-kira 200 polis dalam kelengkapan rusuhan menggunakan penyembur lada bagi memisahkan kumpulan-kumpulan itu. Pergelutan berlaku apabila kedua-kedua kumpulan bersorak untuk cuba berhadapan satu sama lain di salah satu taman Melbourne berdekatan di mana sebuah masjid dirancang untuk dibina, akhbar Herald-Sun melaporkan.

Empat lelaki ditahan di perhimpunan lawan pada waktu petang, termasuk seorang yang memiliki senjata dan seorang yang didakwa menyerang kuda polis. Kedua-dua kumpulan mengibarkan bendera Australia, namun kebanyakan ahli anti-Islam Reclaim Australia dan Barisan Patriot Bersatu menutup muka mereka dengan topeng tengkorak tatkala mereka meminta agar umat Islam dibuang dari Australia.

“Mari kita pertahankan budaya kita dan tidak membenarkan kepercayaan-kepercayaan Islam ke tanah air kita. Saya berkata tidak kepada lebih banyak lagi kemasukan Islam,” John Bolton dari Reclaim Australia berkata.

Seorang penyokong kumpulan anti-Islam memegang pelekat semasa perhimpunan di pusat bandar Sydney, Australia. – Reuters
Seorang penyokong kumpulan anti-Islam memegang pelekat semasa perhimpunan di pusat bandar Sydney, Australia. – Reuters

Bantahan balas menyorakkan ‘sampah Nazi keluar dari jalan-jalan kami’ dan ‘Tiada perkauman, tiada peperangan,’ akhbar The Age melaporkan.

Ketua anti-Islam Phillip Galea, 31, didakwa memiliki 12 senjata elektrik dan bahan-bahan membuat bom awal minggu ini.

Apabila majistret menolak ikan jamin, Galea meminta untuk berasingan dari mana-mana orang Islam dalam penjara kerana takut akan keselamatannya.

Rancangan bagi Parti Islam Australia telah diumumkan oleh aktivis-aktivis Islam minggu lepas, menandakan ketegangan-ketegangan akan menjadi isu pilihan raya dalam jangka 10 bulan.

ARTIKEL YANG SAMA