Islam jadi pegangan hidup

Islam jadi pegangan hidup

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 20 Dis – Satu Majlis Pengislaman telah diadakan di Barek Polis Kuala Belait, hari ini, bagi Awang Jandi bin Pagak dan keluarga seramai tiga orang yang berasal dari Kampung Singap, Merangking, Ulu Belait.

Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Daerah Belait, Supt. Ariffin bin Haji Jafaruddin dan diiringi oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Daerah Belait, ASP Wan Firdaus bin Haji Mohd Aminuddin selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Awang Chuchu.

Awang Jandi bin Pagak, 65, memilih nama Islamnya sebagai Mohd Jandi Abdullah Pagak, manakala isteri beliau, Dayang Simpan binti Yala, 59, pula memilih nama Islamnya sebagai Siti Sarah Abdullah Yala dan Dayang Rehena binti Jandi, 28, memilih nama Islamnya sebagai Dayang Rabiatul Raihanah binti Mohd Jandi.

Suasana majlis pengislaman bagi Awang Mohd Jandi Abdullah Pagak.
Suasana majlis pengislaman bagi Awang Mohd Jandi Abdullah Pagak.

ARTIKEL YANG SAMA