IsLtUP.com di...

IsLtUP.com dilantik optimumkan aset tetap AirAsia

KUALA LUMPUR, 14 Feb – AirAsia Bhd melantik IsItUp.com, platform pengurusan aset tetap perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan mudah alih, untuk mengoptimumkan pengurusan dan jangka hayat aset tetap meliputi semua operasinya.

Menurut kenyataan bersama hari ini, platform berpangkalan di Malaysia dan Singapura itu, menawarkan pendekatan serampang dua mata bagi pengurusan aset tetap melalui platform awan serta menerusi perkhidmatan nilai tambah dalam membantu syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, IsItUp.com dipilih berdasarkan komitmennya dalam melaksanakan penyelesaian yang memaksimumkan nilai dan penjimatan kos, serta ketelusan melalui pengesanan mengikut waktu sebenar.

Sementara itu, CEO IsItUp.com, Andrew Diamond berkata: “bekerja dengan AirAsia merupakan satu pengesahan nilai tambah kepada platform dan perkhidmatan kami untuk pelanggan syarikat dan ia turut seiring dengan penumpuan IsItUpcom terhadap penyatuan nilai dan inovasi”.

Setakat ini, platform dan perkhidmatan IsItUp telah menarik minat beberapa syarikat besar di seluruh Asia, walaupun perniagaan itu lebih menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana. – Bernama