Isner, Baghdatis temu di final Atlanta

Isner, Baghdatis temu di final Atlanta

ATLANTA, 2 Ogos (AFP) – Pilihan utama, John Isner mengekalkan usahanya merebut gelaran Atlanta ketiga semalam setelah bergelut untuk mencatatkan kemenangan tiga set separuh akhir ke atas peserta kelayakan dan sahabatnya Denis Kudla.

Isner menghasilkan 25 aces dan mematahkan tiga daripada sembilan peluang break untuk menewaskan pemain senegara dari AS, 4-6, 6-2, 7-5. Dalam persaingan akhir hari ini, dia menghadapi pilihan kelima dari Cyprus, Marcos Baghdatis yang berjaya mengatasi pilihan ketujuh Gille Muller dari Luxembourg dengan 6-7 (4/7), 6-3, 7-5 (7/4).

Kudla, yang berada di ranking ke-94 dunia dan masih memburu gelaran ATP yang pertama, menjejaskan Isner dengan pendahuluan 4-3 pada pertandingan pembukaan dan meneruskan penguasaan set dalam masa 36 minit.

Terkejut dengan keadaan itu, Isner mula meningkatkan permainannya dengan mencatatkan sembilan aces dan menewaskan Kudla dua kali.

“Saya semakin kuat ketika permainan diteruskan,” kata Isner, yang melepaskan enam mata dalam kebanyakan servis pada set ketiga. “Saya tidak merasa hebat pada set pertama.”

John Isner mengembalikan pukulan semasa menentang Denis Kudla di Terbuka Atlanta semalam. – AFP
John Isner mengembalikan pukulan semasa menentang Denis Kudla di Terbuka Atlanta semalam. – AFP

Kudla, 22, sahabat dan rakan selatihan Isner, menyedari perbezaan itu, terutamanya dalam tenaga servis Isner.

“Dia mula berkurangan dengan servisnya,” kata Kudla. “Pada mulanya, dia cuba untuk mendapatkan tempatnya dan saya sudah bersedia. Apabila dia bangkit dengan menghasilkan pukulan 140 (batu sejam), di sana ia mula sukar.”

Baghdatis, yang beraksi di separuh akhir ATP ketiganya tahun ini, mara ke pertandingan akhir pertamanya sejak Kuala Lumpur 2011. Hari ini, pemain dari Cyprus, 30, akan memburu gelaran pertamanya sejak Sydney 2010.

Dengan servis pada kedudukan 6-5 pada set ketiga, Baghdatis, tidak dapat melengkapkan kemenangan. Tetapi dia menghasilkan tiebreaker dengan menyekat servis Muller, dan berakhir setelah dua jam, 36 minit dengan servisnya pada mata penamat yang pertama.

ARTIKEL YANG SAMA