Israel ancam ...

Israel ancam ‘musnah’ sistem pertahanan udara Syria

BAITULMUQADDIS, 19 Mac – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman hari ini mengancam untuk memusnahkan sistem pertahanan udara Syria selepas mereka melepaskan tembakan peluru berpandu daratan ke udara ke arah pesawat perang Israel yang melancarkan serangan.

“Akan datang jika warga Syria menggunakan sistem pertahanan udara ke atas pesawat kami, kami akan memusnahkan mereka tanpa teragak-agak,” kata Lieberman dalam radio awam Israel.

Pesawat perang Israel telah menembak beberapa sasaran di Syria pada Jumaat, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata serangan itu telah menyasarkan senjata yang dihantar untuk pergerakan Hizbullah Syiah Lubnan.

Pihak tentera Syria berkata ia telah menembak jatuh pesawat Israel dan menembak satu lagi ketika mereka melancarkan serangan menjelang subuh berhampiran bandar gurun terkenal Palmyra yang telah ditawan kembali daripada kumpulan jihad bulan ini. – AFP