Israel bantah penghantaran pemerhati di Masjid Al-Aqsa

Israel bantah penghantaran pemerhati di Masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADIS, 19 Okt – Israel menyuarakan bantahan mereka hari ini dengan cadangan Perancis yang terbaru untuk menghantar pemerhati antarabangsa ke kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqadis, dengan dorongan diplomatik untuk memadamkan kebimbangan pemberontakan Palestin besar-besaran.

Usaha-usaha antarabangsa memerhatikan lebih daripada dua minggu terhadap keganasan yang tidak henti-henti itu dan menyaksikan seramai 41 rakyat Palestin terbunuh termasuk penyerang yang didakwa, manakala lapan Israel maut dalam insiden tersebut.

Kebanyakan penyerang terdiri daripada pemuda Palestin yang bersenjatakan pisau dan dipercayai bertindak sendiri.

Dalam pergolakan terkini, seorang askar Israel terbunuh pada Ahad lalu dalam serangan tembakan di sebuah stesen bas di bandar selatan Beersheba, serangan yang pertama selepas keadaan keganasan mula beransur baik.

Seorang anggota polis sempadan Israel berdiri mengawal pintu masuk Damsyik di Baitulmuqadis semal-am sebagai langkah-langkah keselamatan selepas menolak cadangan untuk penghantaran pemerhati antarabangsa ke kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqddis. - AFP
Seorang anggota polis sempadan Israel berdiri mengawal pintu masuk Damsyik di Baitulmuqadis semal-am sebagai langkah-langkah keselamatan selepas menolak cadangan untuk penghantaran pemerhati antarabangsa ke kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqddis. – AFP

Polis berkata, seorang lelaki, dianggap sebagai Palestin, memasuki stesen bas bersenjatakan pistol dan pisau, membunuh askar dan mencederakan 10 orang yang lain, termasuk empat pegawai.

Lelaki bersenjata itu sendiri kemudiannya dibunuh, manakala seorang awam Afrika telah tersilap tembak oleh pasukan keselamatan yang menganggapnya sebagai lelaki bersenjata kedua.

Identiti penyerang masih belum diketahui, dan tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – AFP