Israel bertindak balas serang Gaza

Israel bertindak balas serang Gaza

BANDAR GAZA, Palestin, Nov 24 (AFP) – Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada petang Isnin lalu selepas Hamas menembak roket ke selatan Israel, kata sumber dari kedua-dua belah pihak, sambil menambah bahawa tidak ada yang tercedera.

“Pagi ini, sebuah roket telah dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke kawasan yang tidak berpenghuni di selatan Israel, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

“Sebagai tindak balas kepada serangan ini, tentera menyasarkan pos tentera Hamas di tengah-tengah Semenanjung Gaza,” katanya.

Pihak tentera berkata ia adalah roket ke-20 yang dilancarkan dari wilayah itu, yang dikawal Hamas, sejak awal tahun ini.

Sumber keselamatan Palestin dan saksi tentera Israel telah menyasarkan lokasi tentera yang dimiliki oleh kumpulan bersenjata sayap Hamas, Ezzedine Al-Qassam, tanpa sebarang kecederaan.