Israel gesa dunia iktiraf penaklukan Golan

Israel gesa dunia iktiraf penaklukan Golan

BAITULMAQDIS, 8 Jun (AFP) – Seorang menteri Israel semalam menggesa masyarakat antarabangsa supaya menyokong tindakan penaklukan negara itu ke atas Bukit Golan di Syria pada 1981, sambil bersetuju dengan peningkatan kawasan penempatan Yahudi.

“Saya menggesa masyarakat antarabangsa… supaya mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan,” Naftali Bennett, ketua Parti Jewish Home, berkata dalam ucapannya tatkala meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas Israel berhubung pendudukan di Tebing Barat dan kawasan etnik Arab di timur Baitulmaqdis.

Bennett melihat isu Bukit Golan sebagai kes yang amat berbeza berbanding wilayah-wilayah Palestin lain serta penampan penting di antara Israel dan keadaan huru-hara pada jarak beberapa ratus meter di mana kerajaan Syria hilang kawalan wilayah sempadan kepada para pemberontak.

“Saya difahamkan bahawa terdapat ketidaksetujuan mengenai Judaea dan Samaria, apa yang dunia panggil Tebing Barat. Saya difahamkan bahawa mengenai ini kami perlu bersetuju untuk tidak menyetujuinya,” kata beliau.

Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennet. – Reuters
Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennet. – Reuters

“Bagaimanapun di Bukit Golan, untuk mengharamkan eksport pertanian dari Golan? Di manakah logiknya, di manakah prinsip moral anda.”

“Kepada siapa yang anda mahu kami berikan Bukit Golan? Kepada (Presiden Syria) Bashar al-Assad? Kepada Barisan Al-Nusra? (gabungan Al-Qaeda) kepada kumpulan Negara Islam (IS). Ata kepada Hizbullah? (Lubnan), soal beliau.

Bennett, yang merupakan Menteri Pendidikan dan penyokong kuat pergerakan penempatan, berucap pada persidangan keselamatan di Herzliya berhampiran Tel Aviv, turut mengutuk usaha pemboikotan oleh penentang penempatan Yahudi.