Israel kurang bekalan elektrik ke bandar Palestin

Israel kurang bekalan elektrik ke bandar Palestin

BAITULMUQADDIS, 31 Mac (AFP) – Syarikat elektrik milik kerajaan Israel telah menetapkan hari ini untuk mengurangkan bekalan tenaga kepada sebuah bandar Palestin di Tebing Barat yang diduduki berhubung hutang sekitar AS$450 juta, menurut pegawai Israel.

Keputusan daripada Perbadanan Elektrik Israel (IEC) dikenakan ke atas Jericho dan muncul selepas Penguat kuasa Palestin dan syarikat swasta Elektrik Daerah Palestin Baitulmuqaddis gagal untuk membayar tunggakan, menurut pegawai.

Hutang itu pada masa ini berjumlah kira-kira 1.7 bilion shekel (AS$450 juta), menurut pegawai industri tenaga yang bercakap tanpa mendedahkan identitinya.

“Kami telah memaklumkan semua parti-parti berkenaan yang terlibat dan selepas berkali-kali percubaan untuk mencapai persetujuan, kami memutuskan untuk bertindak mengurangkan hutang,” kata pegawai, menambah bahawa langkah Jericho adalah ‘terbuka’.

Pada Januari 2015, IEC memotong bekalan elektrik di bandar-bandar Palestin selama beberapa jam setiap hari berhubung hutang yang serupa.

Ia berhenti melakukan sehingga bulan berikutnya meskipun hutang masih tertunggak.

Kementerian kewangan dan pihak pejabat perdana menteri Israel, yang biasanya terlibat dalam mana-mana keputusan untuk mengurangkan bekalan elektrik kepada warga Palestin, tidak memberi respons apabila diminta untuk memberi komen.