Israel lulus lebih AS$12 juta pembiayaan penempatan

Israel lulus lebih AS$12 juta pembiayaan penempatan

BAITULMUQADDIS, 11 Julai – Kerajaan Israel pada Ahad lalu telah meluluskan pembiayaan hampir AS$13 juta bagi pe-nempatan Kiryat Arba di Tebing Barat dan dalam kawasan Hebron, menurut para pegawai, berikutan gelombang serangan daripada penduduk Palestin di kawasan tersebut.

Keputusan daripada kabinet berhaluan kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan menyaksikan kira-kira 50 juta shekels (AS$12.8 juta) yang diperuntukkan untuk ‘memperkukuhkan’ komuniti.

“Pejabat-pejabat kerajaan, saya harus mengatakan, semuanya telah direkrut untuk membantu para penduduk yang berani berjuang berdepan dengan pengganasan dahsyat,” kata Netanyahu menjelang persetujuan itu.

Wang berkenaan akan diperuntukkan untuk selama tiga tahun dan akan disalurkan kepada pelbagai isu-isu termasuk sosial, pendidikan dan perkhidmatan keselamatan, dan dikumpulkan daripada bajet-bajet daripada kementerian-kementerian yang berkenaan.

Kiryat Arba adalah penempatan besar berhampiran Hebron, bandar terbesar Tebing Barat Palestin yang juga menempatkan ratusan peneroka Yahudi di enklaf yang dikawal rapat. – AFP