Israel lulus undang-undang dana asing NGO

Israel lulus undang-undang dana asing NGO

BAITULMUQADDIS, 12 Julai – Parlimen Israel telah memuktamadkan undang-undang berkontroversi yang memaksa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima kebanyakan pembiayaan mereka dari entiti negara asing untuk mengisytiharkannya dalam laporan rasmi, menurut seorang jurucakap Knesset awal hari ini.

Undang-undang itu disifatkan oleh para pengkritik sebagai menyasarkan kumpulan-kumpuan berhaluan kiri yang berkempen bagi hak asasi orang Palestin, telah diluluskan dalam undi 57-48 ekoran perdebatan panjang.

“Undang-undang itu ingin menangani fenomena NGO yang mewakili kepentingan luar negara asing, sementara bertindak bertopengkan pertubuhan tempatan yang ingin melayani kepentingan awam Israel,” menurut pengenalannya.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu matlamat undang-undang itu adalah untuk ‘meng-halang situasi tidak masuk akal yang mana negara-negara asing campur tangan dengan hal ehwal dalam Israel dengan membiayai NGO, tanpa disedari oleh awam Israel.”

“Tidak seperti dakwaan pihak berhaluan kiri, kelulusan undang-undang itu akan menambah ketelusan, menyumbang kepada mewujudkan perbincangan yang memperlihatkan pendapat umum Israel dan akan mengukuhkan demokrasi,’ dia menulis di halamannya di Facebook selepas undian akhir.

Undang-undang ini akan mendesak kumpuan-kumpulan berkaitan untuk melaporkan sumber utama pendapatan mereka kepada pendaftar NGO, menyiarkannya di laman sesawangnya dan menyatakannya dalam terbitan berkaitan.

Versi undang-undang sebelumnya telah memasukkan perlunya wakil NGO berkaitan mesti memakai teg pengenalan dan mengisytiharkan sumber pembiayaan mereka apabila bercakap di Knesset, atau parlimen, jawatankuasa.

Ketua pembangkang, Isaac Herzog berkata sebelum pengundian, undang-undang itu merupakan ‘tunas fahaman fasis yang berkembang di Israel.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA