Israel mahu tegak benang basah

Israel mahu tegak benang basah

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 18 Jun (Reuters) – Israel menuduh seorang pegawai kanan PBB melakukan salah laku dalam penyediaan laporan yang mengkritik dengan keras tentera Israel berhubung Perang Gaza 2014.

Sehubungan itu Majlis Keselamatan PBB mengadakan perbahasan umum hari ini untuk membincangkan laporan terbaru PBB mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata.

Dalam laporan itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata “skala impak ke atas kanak-kanak pada 2014 yang jarang berlaku dan tidak boleh diterima meningkatkan keprihatinan mengenai pematuhan Israel dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa…(dan) penggunaan paksaan yang melampau.”

Walaupun secara formal dibentangkan atas nama Ban, laporan itu disediakan oleh utusannya mengenai kanak-kanak dan konflik bersenjata, Leila Zerrougui dari Algeria. Duta Israel ke PBB, Ron Prosor menuduh Zerrougui “berlaku berat sebelah ke atas Israel.” Beliau turut menafikan Israel melanggar undang-undang antarabangsa ketika perang tersebut.

Duta Israel ke PBB, Ron Prosor.
Duta Israel ke PBB, Ron Prosor.

Dalam surat kepada Ban, yang dilihat oleh Reuters, Prosor menyuarakan “keprihatinan mendalam mengenai pengendalian secara baik – para peringkat semua kerja – termasuk di pejabat Zerrougui dalam proses mendraf dan menghasilkan laporan tersebut.”

Lebih 2,100 warga Palestin, kebanyakannya orang awam dan termasuk 540 kanak-akan, terbunuh kehilangan jiwa 67 anggota tentera dan enam orang awam. Panel penyiasat PBB kemudian mendapati bahawa Israel membedil tujuh buah sekolah PBB dan menembak mati 44 warga Palestin yang mencari perlindungan, sementara militan Palestin menyembunyikan senjata serta melancarkan serangan dari sekolah PBB yang kosong.