Israel minta maaf

Israel minta maaf

SINGAPURA, 31 Dis (AFP) – Israel berkata hari ini ia telah meminta maaf atas ‘tingkah laku amat buruk’ seorang diplomat junior di kedutaannya di negara kota yang didakwa menggunakan bendera Singapura sebagai alas meja ketika satu parti.

Media tempatan berkata kementerian luar Singapura telah menghubungi duta Israel itu selepas laporan polis difail mengenai kejadian itu pada Ahad dan identiti diplomat didedahkan.

‘Kedutaan Negara Israel di Singapura terkejut apabila mendapat tahu mengenai tingkah laku amat buruk yang ditunjukkan oleh salah seorang anggota kakitangan juniornya dan meminta maaf,” kata kedutaan Israel dalam satu kenyataan akhbar.

Ia berkata ketua pengarah kementerian luar Israel ‘telah mengarah prosedur disiplin yang ketat akan dilaksanakan ke atas’ diplomat berkenaan.

Kenyataan berkata tindakan disiplin mencerminkan ‘keseriusan Israel dalam mengendali kejadian ini, terutamanya memandangkan hubungan yang erat di antara Singapura dan Israel.’

Kementerian luar Singapura berkata ‘penyalahgunaan bendera Singapura merupakan satu kesalahan serius’ dan mengalu-alukan kenyataan maaf daripada kedutaan serta jaminan bahawa diplomat yang terbabit akan dikenakan hukuman.

‘Semua orang, termasuk diplomat dan warga asing di Singapura, mesti menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan kami,’ kata kementerian luar.

Kenyataan Israel dan Singapura tidak memberikan butir-butir kejadian, tetapi media tempatan berkata ia merujuk kepada bendera Singapura digunakan sebagai alas meja ketika satu parti yang dianjurkan oleh diplomat di kondominium beliau di Singapura.

Seorang warga tua yang menyiar gambar bendera disalahgunakan berkata beliau ‘terkejut’ melihat sekumpulan Kaukasia yang ‘menggunakan bendera Singapura kami sebagai alas meja!’

ARTIKEL YANG SAMA