Israel panggil duta Sweden tentang kenyataan

Israel panggil duta Sweden tentang kenyataan

BAITULMAQDDIS, 14 Jan (Reuters) – Israel memanggil duta Sweden semalam untuk menyampaikan apa yang disifatkannya sebagai ‘keberangan’ di atas gesaan diplomat tertinggi Stockholm bagi penyiasatan untuk memastikan sama ada pasukan tentera Israel bersalah melakukan pembunuhan luar bidang kehakiman ke atas orang Palestin.

Kenyataan Menteri Luar Sweden Margot Wallstrom Selasa lalu adalah terbaru dalam siri-siri kenyataan untuk mengundang kemarahan Israel yang semakin menjadi-jadi sejak negara Scandinavia itu mengiktiraf taraf negara Palestin tahun lalu.

Kementerian Luar di Baitulmaqddis berkata dalam satu kenyataan bahawa ia memanggil Duta Sweden Carl Magnus Nesser untuk menegurnya berhubung apa yang dianggapnya ‘satu lagi kenyataan Wallstrom yang menjadi bukti sikap berat sebelahnya dan malah pendirian berseteru terhadap Israel.”

Menurutnya Nesser juga memberitahu ‘keberangan kerajaan dan rakyat Israel terhadap gambaran situasi yang terpesong.”

Kumpulan hak asasi menuduh Israel menggunakan kekerasan terlampau untuk mematahkan meningkatkan serangan orang Palestin di jalan raya yang telah sebahagiannya dicetuskan oleh kemarahan orang Islam terhadap kunjungan orang Yahudi yang semakin bertambah di tempat suci Baitulmaqddis yang dipertikaikan, dan juga kebuntuan lama dalam rundingan tentang menubuhkan negara Palestin di tanah yang diduduki Israel.

Pertumpahan darah telah mencetuskan kebimbangan akan konfrontasi yang semakin meluas, sedekad selepas kebangkitan Palestin berkurangan.

AS, Kesatuan Eropah dan PBB semuanya melahirkan kebimbangan, dengan mengatakan sementara mereka mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri, dan adalah perlu untuk memastikan keganasan tidak meningkat seterusnya.

ARTIKEL YANG SAMA