Israel pertahankan tolak undangan Obama

Israel pertahankan tolak undangan Obama

BAITULMUQADDIS, 8 Mac (AFP) – Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mempertahankan keputusannya kerana menolak undangan dari Rumah Putih yang mencetuskan kontroversi beberapa jam sebelum Naib Presiden, Joe Biden tiba bagi rundingan.

Rumah Putih mengatakan semalam bahawa ia ‘terkejut’ Netanyahu menolak undangan Presiden Barack Obama bagi rundingan bulan ini dan mengatakan ia pertama kali mendapat tahu mengenainya menerusi laporan berita.

Ia telah menawarkan untuk menghoskan Netanyahu pada 18 Mac semasa lawatan dirancang oleh perdana menteri itu bagi persidangan tahunan kumpulan AIPAC yang dilobi pro-Israel.

Namun pejabat Netanyahu mengatakan bahawa dia ingin mengelak untuk masuk campur dalam pilihan raya utama presiden AS yang pada masa ini sedang diadakan dan tidak akan membuat perjalanan ke Washington namun akan memberi ucapan AIPAC menerusi rangkaian satelit.

Ia mengatakan duta Israel, Ron Dermer telah memberitahu Rumah Putih pada Jumaat bahawa ada ‘kemungkinan besar’ Netanyahu tidak akan mengunjungi Washington dan keputusan akhir akan dimaklumkan pada Isnin.

“Pada Isnin, laporan berita mengatakan yang PM tidak akan berkunjung ke Washington dan dinyatakan dengan salah yang presiden itu enggan untuk bertemu dengan PM,” menurut kenyataan tersebut.

“Pejabat perdana menteri kemudian dengan segera membetulkan laporan berita yang silap itu dan dengan rasminya mengesahkan pentadbiran berkenaan bahawa PM tidak akan datang ke Washington.

“PM sedang mengalu-alukan kedatangan VP Biden dan membincangkan bagaimana kami akan memenuhi banyak cabaran yang dihadapi oleh rantau itu.”

Biden dijangka tiba di Tel Aviv hari ini dan mengadakan rundingan bersama Netanyahu pada Rabu. Dia juga dijadualkan akan menemui Presiden Palestin, Mahmud Abbas.