Israel sekat gerakan Islam dituduh punca keganasan

Israel sekat gerakan Islam dituduh punca keganasan

BAITULMAQDIS, 17 Nov (AFP) – Israel hari ini mengharamkan sayap radikal Pergerakan Islam dengan menuduhnya membangkitkan keganasan di halaman masjid Al-Aqsa, Baitulmaqddis yang telah bertukar menjadi kekacauan berminggu-minggu yang mengakibatkan kematian.

“Sesiapa saja yang menjadi anggota pertubuhan ini atau siapa yang memberi perkhidmatan kepadanya atau yang bertindak dalam rangkanya mulai dari sekarang melakukan kesalahan jenayah yang boleh dijatuhi hukuman penjara,” menurut kenyataan kerajaan.

Cabang radikal Pergerakan Islam, yang sebahagian besar berpangkalan di utara Israel, menolak perjanjian damai Oslo antara Israel dan Palestin dan memulaukan pilihan raya kebangsaan dengan alasan perjanjian itu memberi kesahan kepada institusi-institusi kerajaan Yahudi.

Ketua sayap utara Gerakan Islam di Israel, Raed Salah, keluar dari mahkamah Baitulmuqaddis selepas beliau disabitkan. – AFP
Ketua sayap utara Gerakan Islam di Israel, Raed Salah, keluar dari mahkamah Baitulmuqaddis selepas beliau disabitkan. – AFP

Polis dan ejen-ejen perkhidmatan keselamatan domestik Shin Bet menyerbu pejabat-pejabat gerakan itu dan 17 pertubuhan bersekutu dalam masyarakat Arab di seluruh Israel hari ini, menurut polis. Mereka merampas wang tunai, dokumen dan komputer.

Kerajaan menuduh cabang radikal pergerakan itu membangkitkan gelombang keganasan di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang mengorbankan 12 orang Israel sejak 1 Oktober dan 82 orang di pihak Palestin, salah seorang dari mereka Arab Israel.

ARTIKEL YANG SAMA