Israel serang Gaza sebagai tindak balas

Israel serang Gaza sebagai tindak balas

BAITULMUQADDIS, 14 Dis (AFP) – Pesawat perang Israel mengebom pangkalan militan Islam Hamas di semenanjung Gaza semalaman, berikutan serangan roket Palestin ke atas Israel, menurut tentera Israel hari ini.

“Malam kelmarin….sebuah roket telah ditembakkan dari Semenanjung Gaza di selatan Israel. Tidak ada yang cedera dilaporkan,” menurut kenyataan tentera.

“Sebagai tindak balas ke atas serangan itu, pesawat udara Air Force Israel menyasarkan dua pos kawalan tentera Hamas di utara dan tengah Semenanjung Gaza,” katanya.

Kenyataan tentera mengatakan bahawa ia adalah roket ke-21 yang ditembakkan dari Gaza yang dikawal Hamas sejak awal tahun ini.

Pegawai Palestin di Gaza mengatakan serangan Israel memusnahkan kem latihan sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam, dan pasukan tentera lautnya, namun tiada mengakibatkan kecederaan.