Israel serang Ramallah

Israel serang Ramallah

RAMALLAH, 14 April (AFP) – Tentera Israel menyerang kedai penukaran wang di ibu negara politik Palestin, Ramallah pada awal hari ini, yang mencetuskan letusan api dan kebakaran, yang membawa kepada pergaduhan kecil antara tentera dan saksi.

Jurucakap tentera Israel berkata, serbuan awal pagi itu adalah untuk “merampas dana keganasan” yang berada di kedai Tebing Barat yang diduduki. Beliau berkata kedai penukaran wang tersebut “gagal untuk mematuhi arahan tentera untuk membuka simpanan itu”.

Kebakaran tersebut merebak ke pasar sayur-sayuran yang berhampiran sebelum dipadamkan, kata saksi.

Berikutan dari letupan itu, terdapat pertempuran kecil antara tentera Israel dan rakyat Palestin berhampiran al-Manara Square di pusat bandar Ramallah. Tiada laporan kecederaan dicatatkan.

Seorang saksi berkata, pasukan tentera itu tiba bersama pemilik kedai, yang dikenali sebagai Ghazi al-Ajouli.

Seorang ahli bomba Palestin berdiri di hadapan kedai penukaran wang di ibu negara politik Ramallah Palestin selepas ia diserbu oleh tentera Israel pada awal hari kelmarin. – AFP
Seorang ahli bomba Palestin berdiri di hadapan kedai penukaran wang di ibu negara politik Ramallah Palestin selepas ia diserbu oleh tentera Israel pada awal hari kelmarin. – AFP

“Mereka masuk dan mengambil wang tersebut. Selepas mengambil wang mereka, mereka keluar dan meletupkan kedai dan tercetusnya kebakaran,” orang yang memberikan namanya sebagai Mohammed memberitahu AFP.

Ramallah, rumah kepada Pihak Berkuasa Palestin, adalah di bawah kawalan penuh Palestin seperti yang ditetapkan oleh perjanjian damai Oslo pada awal tahun 1990-an.

Seorang jurucakap daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah mengutuk apa yang dia katakan sebagai pelanggaran Israel terhadap perjanjian tersebut.

“(Israel) terus membuat pencerobohan ke dalam kawasan Palestin, yang memberi kesan kepada penduduk, termasuk meletakkan diri mereka dalam bahaya,” Jamal Dajani memberitahu kepada AFP.

Tentera Israel bulan lalu menyerbu pejabat sebuah stesen televisyen Ramallah Palestin, atas tuduhan hasutan.

ARTIKEL YANG SAMA