Israel tetap semula calon duta ke Brazil

Israel tetap semula calon duta ke Brazil

BAITULMAQDIS, 28 Mac (Reuters) – Israel telah menetapkan semula pencalonannya untuk duta ke Brazil kepada jawatan AS hari ini, menarik diri dalam satu perbalahan dengan Brasilia mengenai hubungan calon dengan petempatan Yahudi di Tebing Barat.

Kerajaan Brazil, yang telah menyokong Palestin dalam beberapa tahun ini, telah menunjukkan keberatan untuk menerima pelantikan bekas pemimpin peneroka Dani Dayan sebagai duta pada Ogos. Duta Israel sebelumnya meletak jawatan pada Disember.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada mulanya berikrar akan berpegang teguh dengan pencalonan kelahiran Argentina Dayan – walaupun menjejaskan hubungan dengan Brazil, jangan sampai penolakannya menjejas petempatan, yang dianggap tidak sah oleh kebanyakan kuasa dunia.

Namun Netanyahu berkata dalam satu kenyataan singkat hari ini bahawa Dayan akan berkhidmat sebagai ketua konsul di New York, satu jawatan yang menumpu hubungan Israel dengan penduduk Yahudi Amerika dan sektor perniagaan.

“Saya tidak fikir kami ditutup. Tidak adanya pilihan,” beritahu Dayan kepada Radio Tentera Israel. “Mereka yang tidak mahu kami di Brasilia, berkahir menerima kami di New York, ibu negara dunia.”

Dayan sebelum itu berkata jika Brazil berjaya dalam mengecualikan beliau, ia mungkin mewujudkan duluan yang melarang peneroka daripada mewakili Israel di luar negara.

Israel berperanan penting menyediakan teknologi avionik untuk industri angkasa lepas dan pertahanan Brazil.

ARTIKEL YANG SAMA