Israel tolak perjanjian keamanan Palestin

Israel tolak perjanjian keamanan Palestin

RAMALLAH, 29 April – Israel telah menolak permintaan Palestin untuk mematuhi perjanjian keamanan yang akan ditandatangani dua hala, kata seorang pegawai kanan Palestin yang diumumkan semalam.

Saeb Erekat, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), memberitahu kepada wartawan di Ramallah bahawa enam sesi dialog Israel-Palestin telah diadakan sejak dua bulan yang lalu.

“Pegawai rasmi Israel telah memberi jawapan semasa sesi itu termasuk penolakan terhadap permintaan Palestin yang mana ia adalah perlu bagi kedua-dua pihak untuk komited dalam perjanjian yang ditandatangani,” kata Erekat.

Pada bulan Februari, delegasi keselamatan Palestin yang berpangkat tinggi menyerahkan surat rasmi kepada pihak Israel bagi meminta untuk menghentikan serbuan harian dan serangan tentera Israel ke bandar-bandar Tebing Barat dan bandar-bandar lain serta komited kepada perjanjian yang ditandatangani.

Dalam surat itu, rakyat Palestin memberi amaran kepada Israel bahawa jika ia tidak komited terhadap perjanjian itu, rakyat Palestin akan menghadkan dan menimbang semula hubungan dengan Israel, termasuk pembekuan koordinasi keselamatan.

“Pihak Palestin menegaskan untuk meneruskan dalam menimbang semula hubungan dengan Israel selepas ia secara rasmi mengumumkan bahawa ia tidak komited kepada perjanjian dua hala yang ditandatangani dengan rakyat Palestin,” kata Erekat.

Erekat berharap masyarakat antarabangsa akan bekerjasama dengan Perancis untuk penyediaan bagi mengadakan satu persidangan keamanan antarabangsa.

“Menghapuskan Islamic State dan mengakhiri keganasan hanya boleh dilakukan dengan penubuhan kemerdekaan sebuah negara Palestin dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya,” kata Erekat. – Xinhua