Israel tutup laluan Tebing Barat, Semenanjung Gaza

Israel tutup laluan Tebing Barat, Semenanjung Gaza

BAITULMAQDDIS, 22 April – Israel telah mengumumkan penutupan semua tempat kemasukan antara Tebing Barat yang diduduki, Semenanjung Gaza wilayah Israel hari ini dan esok bagi cuti Passover, Yahudi.

Ketegangan meningkat di Israel ekoran siri-siri keganasan yang telah mengorbankan 201 orang Palestin dan 28 orang Israel sejak Oktober lalu. Keputusan bagi penutupan itu diambil selepas ‘penilaian ke atas situasi keselamatan’, jurucakap ketenteraan memberitahu AFP tanpa memberikan butiran khusus.

Kerajaan Israel kerap menutup kemasukan ke Israel bagi orang Palestin ketika festival besar keagamaan Yahudi, meskipun pengecualian akan dibuat bagi kes-kes kemanusiaan dan perubatan, tambah jurucakap itu.

Beribu-ribu jemaah Yahudi pergi ke Baitulmaqddis dan tapak-tapak suci lain ketika cuti Passover selama lapan hari, yang memperingati orang Yahudi beramai-ramai keluar meninggalkan Mesir dalam era Injil.

“Ketika Passover semakin hampir, semua jenis pelampau akan menyebarkan dusta tentang dasar kami berhubung Haram asy-Syarif (Bukit Bait),” “Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata minggu lalu, dengan merujuk kepada tapak bersejarah di Baitumaqddis yang dianggap tapak suci bagi orang Yahudi, orang Islam dan orang Kristian. “Kami akan bertindak menentang ejen rahsia penyebar provokasi ini dengan melaksanakan pengukuhan keselamatan di kawasan-kawasan pergeseran,” ujarnya.

Kebanyakan orang Palestin yang terbunuh dalam beberapa bulan kebelakangan melancarkan serangan bersenjatakan pisau, senapang atau dengan melancarkan serangan rempuhan kereta, menurut pihak berkuasa Israel. Awal minggu ini pengeboman berani mati dengan pengeboman bas di Baitulmaqddis mencederakan 20 orang, dengan Israel mengatakan dalangnya adalah Hamas, ketua pejuang Islam di Semenanjung Gaza.

Ramai penganalisis berkata kekecewaan orang Palestin dengan pendudukan Israel dan pembinaan petempatan di Tebing Barat, tidak ada langsung kemajuan dalam usaha damai dan kepimpinan mereka yang lemah telah membawa kepada kekacauan baru-baru ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA