Israel tutup stesen radio Palestin

Israel tutup stesen radio Palestin

HEBRON, Wilayah Palestin, 31 Ogos – Pihak berkuasa Israel telah menutup sebuah stesen radio Palestin di Tebing Barat yang diduduki ekoran ‘mengapi-apikan keganasan’, menurut tentera hari ini, terbaru dalam siri-siri serangan seumpama itu.

Operasi semalaman di Dura berhampiran Hebron telah membawa kepada lima tangkapan, menurut tentera Israel.

Polis Palestin mengesahkan penahanan itu dan berkata salah seorang yang ditahan ialah pengarah stesen Al-Sanabel. Peralatan penyiaran juga dirampas, menurut tentera Israel.

Menurut polis Palestin, pintu stesen itu telah dipecahkan ketika serbuan itu dan notis telah diberikan yang mengatakan ia diarah ditutup selama tiga bulan.

Seorang jurucakap wanita tentera Israel tidak dapat memberikan contoh jenis kandungan yang membawa kepada serbuan itu.

“Stesen radio itu berulang kali menyiarkan kandungan yang mengapi-apikan yang menggalakkan dan meraikan keganasan dan keganasan ke atas Israel,” katanya.

Pihak berkuasa Israel telah menutup kira-kira empat radio atau empat stesen TV Palestin sejak gelombang keganasan meletus pada Oktober.

Keganasan telah membunuh 222 Palestin, 34 orang Israel, dua orang warga Amerika seorang warga Eritrea dan seorang warga Sudan, menurut hitungan AFP. Keganasan telah menurun dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan.

Kebanyakan orang Palestin yang dibunuh melancarkan serangan dengan bersenjatakan pisau, senapang atau merempuh dengan menggunakan kereta, menurut pihak berkuasa Israel.

Yang lain ditembak mati oleh pasukan Israel ketika bantahan dan pertempuran, manakala sebilangan mereka terbunuh dalam serangan udara di Semenanjung Gaza.

Kebanyakan keganasan berlaku di kawasan Hebron di selatan Tebing Barat, tempat berbahaya dalam konflik Israel-Palestin. – AFP