Isteri bekas presiden umum bertanding

Isteri bekas presiden umum bertanding

BANDAR MEXICO, 15 Jun (Reuters) – Isteri bekas Presiden Mexico Felipe Calderon, Margarita Zavala, berkata semalam beliau akan mengikut jejak suaminya dengan bertanding dalam pilihn raya presiden pada 2018.

Bekas anggota kongres bagi Parti Tindakan Kebangsaan (PAN), Zavala membuat pengumuman itu melalui rakaman video selama dua minit, sambil berkata beliau akan berusaha memulihkan ekonomi dan memastikan penguatkuasaan undang-undang yang sistematik di Mexico.

Kemarahan awam berhubung kes bebas daripada hukuman, rasuah politik dan pertumbuhan ekonomi yang teruk mewujudkan ketidakpuasan dengan kerajaan pimpinan pengganti Caldron, Presiden Enrique Pena Nieto dari Parti Institusi Revolusioner (PRI).

Zavala yang berusia 47 tahun adalah Wanita Pertama yang popular ketika pentadbiran PAN pimpinan mendiang suaminya pada 2006-2012, yang bertindak tegas ke atas kumpulan penyeludup dadah.

Bidaan Zavala juga kelihatannya sebagai cabaran kepada PAN, yang kepimpinannya dikritik oleh para penyokongnya apabila beliau cuba tetapi dinafikan tempat dalam senarai kerusi selamat dalam pilihan raya Dewan Rakyat yang diadakan hujung minggu lepas.

Kempen secara formal hanya akan bermula beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden yang dijadualkan pada pertengahan 2018.

Dalam rakan video itu Zavala bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan mendapatkan pencalonan itu melalui PAN, tetapi sebaliknya membayangkan akan bertanding atas tiket bebas.

Bagaimanapun perubahan dalam undang-undang pilihan raya Mexico baru-baru ini tidak membenarkan mana-mana calon bebas bertanding bagi jawatan tertinggi.