Isteri cemburu kena penjara seumur hidup

Isteri cemburu kena penjara seumur hidup

PHNOM PENH, 24 Ogos (AFP) – Mahkamah Kemboja hari ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang pekerja kilang pakaian kerana membunuh seorang wanita dalam serangan asid didorong rasa cemburu disebabkan hubungan sulit.

Sroeun Nann diberkas pada Mac selepas menyimbah asid ke arah Mess Vanny, seorang pengawal keselamatan wanita.

Meas Vanny, 20 tahun, mengalami melecur teruk pada mukanya dan badan dalam serangan itu dan meninggal dunia dua minggu kemudian di hospital.

Ketika perbicaraannya, Sroeun Nann, 40 tahun, mengaku melakukan serangan kerana dia ‘marah wanita itu menjalin hubungan cinta dengan suaminya.”

Nou Veasna, hakim yang mengadili di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Sroeun Nann kerana ‘pembunuhan dengan niat’ menggunakan asid”.

Serangan asid adalah bentuk lumrah membalas dendam di Kemboja yang mana cecair menghakis semudahnya dan dengan murah diperolehi manakala para penyerang jarang sekali dibawa ke muka pengadilan.

ARTIKEL YANG SAMA