Isteri PM Israel disoal isu perbelanjaan isi rumah

Isteri PM Israel disoal isu perbelanjaan isi rumah

BAITULMAQDIS, 1 Jan (Agensi) – Polis Israel menyoal siasat isteri Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung dakwaan perbelanjaan isi rumah yang melambung tinggi.

Soal siasat itu memberi perhatian sama ada Sara Netanyahu (gambar) menggunakan dana negara untuk membiayai kerja penyelenggaraan dan membeli perabot baharu rumah persendirian pasangan itu di bandar tepi pantai ekslusif di Caesarea.

Media Israel melaporkan soal siasat itu dan kamera yang diletakkan di luar balai polis menunjukkan kenderaan membawa wanita pertama Israel itu tiba.

Polis bagaimanapun enggan mengulas. Satu laporan terkini oleh pemerhati rasmi negara memperincikan sejumlah besar wang awam dibelanjakan pasangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA