Isteri Trump saman 2 saluran media akibat laporan palsu

Isteri Trump saman 2 saluran media akibat laporan palsu

WASHINGTON, 2 Sept – Melania Trump, isteri kepada calon presiden Republikan AS Donald Trump, semalam menyaman dua saluran media yang mengatakan dia pernah bekerja sebagai seorang pengiring dalam tahun 1990an.

Difailkan di mahkamah Maryland, tindakan mahkamah ke atas Mail Media,Inc. yang menerbitkan Daily Mail Online, dan Webster G Tarpley, yang menerbitkan sebuah blog. Bekas model Slovenia itu, Melania menuntut ganti rugi sehingga AS$150 juta.

“Defendan-defendan ini telah membuat beberapa kenyataan tentang Puan Trump yang 100 peratus palsu dan begitu menjejaskan reputasi profesional dan peribadinya,” menurut peguamnya, Charles Harder.

“Pihak defendan menyiarkan maklumat palsu mereka kepada berjuta-juta orang di seluruh AS dan dunia,” tindakan pihak defendan begitu besar, berniat jahat dan mendatangkan keburukan kepada Puan Trump dan kerugiannya dianggarkan pada AS$150 juta.”

Daily Mail Online telah menarik balik artikel itu, yang telah disiarkan oleh saluran itu pada 20 Ogos dengan tajuk akhbar “Naked photoshots, and troubling questions about visas that wont go away: The VERY racy past Donald Trump’s Slovenian wife.”

Artikel itu ‘tidak berniat untuk menyatakan bahawa dakwaan ini adalah benar, dan ia tidak berniat untuk menyatakan bahawa Puan Trump pernah bekerja sebagai ‘pengiring’ atau dalam ‘perniagaan seks’,” menurut penarikan balik artikel itu.

“Perkara artikel itu ialah dakwaan ini boleh memberi impak kepada pilihan raya presiden AS meskipun ia tidak benar.” – AFP