Istiadat Barisan Kehormatan Hari Keputeraan Meriah

Istiadat Barisan Kehormatan Hari Keputeraan Meriah

Gambar oleh Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istiadat Barisan Kehormatan bersempena dengan Memperingati Hari Puja Usia ke-69 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei sambil diikuti oleh tembakan meriam sebanyak 21 das.

Baginda Sultan seterusnya berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan.

pgm8_150817_a

Baginda Sultan berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan.
Baginda Sultan berkenan berangkat memeriksa pasukan-pasukan perbarisan.

pgm8_150817_c

Acara diteruskan dengan pasukan-pasukan perbarisan dan panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia, panji-panji Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan panji-panji Pasukan Polis Diraja Brunei berjalan lalu di depan Pentas Diraja dalam gerak perlahan dan cepat di bawah pimpinan Pemerintah Perbarisan, 436 Leftenan Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof.

Laungan tiga kali daulat untuk Baginda Sultan disembahkan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian dan merupakan acara kemuncak istiadat yang diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei yang terdiri daripada enam buah helikopter dan pesawat CN235.

Baginda Sultan kemudian berangkat meninggalkan Majlis Perbarisan diikuti oleh DYTM Pengiran Muda Mahkota, DYTM Pengiran Perdana Wazir, DYTM Pengiran Bendahara dan DYTM Pengiran Digadong.

pgm8_150817_h

pgm8_150817_i

pgm8_150817_f

Orang ramai yang cukup teruja menyaksikan Istiadat Barisan Kehormatan bersempena dengan Memperingati Hari Puja Usia ke-69 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Orang ramai yang cukup teruja menyaksikan Istiadat Barisan Kehormatan bersempena dengan Memperingati Hari Puja Usia ke-69 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

pgm8_150817_e

pgm8_150817_g

ARTIKEL YANG SAMA