Istiadat Bersiram disempurnakan

Istiadat Bersiram disempurnakan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Majlis Doa Selamat serta Kesyukuran Istiadat Bersiram Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah sempena selamat meluaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah telah berlangsung di Surau Istana Nurul Iman hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Istiadat bermula dengan empat orang Awang-Awang masuk ke dalam majlis untuk meletakkan Dian Empat yang tersedia terpasang di tempat yang ditentukan.

Selepas itu diikuti tiga orang Awang-Awang membawa masuk Surat Dikir, Bantal Geguling dan Pebarahan dan meletakkannya di tempat yang telah ditentukan.

pg01_160513_a

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini menyempurnakan Istiadat Bersiram.
Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini menyempurnakan Istiadat Bersiram.
Menteri-menteri Kabinet yang hadir pada majlis itu.
Menteri-menteri Kabinet yang hadir pada majlis itu.
Doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
Doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
Dikir Marhaban oleh Yang Dimuliakan Pehin-Pehin Khatib dan Mudim-Mudim.
Dikir Marhaban oleh Yang Dimuliakan Pehin-Pehin Khatib dan Mudim-Mudim.

pg03_160513_c

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dengan dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang yang juga mengetuai persembahan Dikir Assalamualai diikuti bacaan Rawi (Al-Berzanji Nasar) serta bacaan Dikir Asrakal Badru oleh Yang Dimuliakan Pehin-Pehin Khatib dan Mudim-Mudim.

Sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman sebaik bacaan Dikir Asrakal Badru sampai ke perenggan Ya Habibi.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

pg03_160513_e

Di ruang lain Istana Nurul Iman, majlis turut dihadiri oleh para jemputan wanita.
Di ruang lain Istana Nurul Iman, majlis turut dihadiri oleh para jemputan wanita.

Berangkat dan hadir ke majlis berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, menteri-menteri Kabinet, ahli-ahli majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Menteri-menteri Hulubalang dan setiausaha-setiausaha tetap serta timbalan-timbalan setiausaha tetap.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, majlis turut dihadiri oleh para jemputan wanita.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah telah selamat meluaran Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah pada hari Rabu, 22 Jamadilawal 1437 Hijrah bersamaan 2 Mac 2016 Masihi jam 1:09 petang.

ARTIKEL YANG SAMA