Istiadat Perbarisan Kehormat Hari Keputeraan ke-70 gilang-gemilang

Istiadat Perbarisan Kehormat Hari Keputeraan ke-70 gilang-gemilang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istiadat Barisan Kehormatan Bersempena dengan Memperingati Hari Puja Usia Baginda yang ke-70 tahun, di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Berkenan memeriksa pasukan-pasukan perbarisan

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Baginda Sultan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja.
Baginda Sultan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memeriksa Barisan Kehormatan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memeriksa Barisan Kehormatan.
Baginda Sultan ketika berkenan memeriksa Barisan Kehormatan.
Baginda Sultan ketika berkenan memeriksa Barisan Kehormatan.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima Tabik Hormat.
DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima Tabik Hormat.
DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
DYTM Pengiran Perdana Wazir berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

 

DYTM Pengiran Bendahara berkenan menerima Tabik Hormat.
DYTM Pengiran Bendahara berkenan menerima Tabik Hormat.
DYTM Pengiran Digadong berkenan menerima Tabik Hormat.
DYTM Pengiran Digadong berkenan menerima Tabik Hormat.

Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan diikuti dengan Tembakan Meriam sebanyak 21 das.

Kemudian, Baginda Sultan berkenan memeriksa pasukan-pasukan perbarisan.

pgm12_160716_h

Pasukan Perbarisan berjalan lalu di depan Pentas Diraja.
Pasukan Perbarisan berjalan lalu di depan Pentas Diraja.

Para penuntut sekolah mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam

Istiadat tersebut diteruskan lagi dengan pasukan-pasukan perbarisan dan panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia, panji-panji Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan panji-panji Pasukan Polis Diraja Brunei berjalan lalu di depan Pentas Diraja dalam gerak perlahan dan cepat sebelum beratur semula yang diikuti dengan laungan tiga kali ‘daulat’ untuk Baginda Sultan.

Pasukan-pasukan perbarisan kemudian mara ke hadapan untuk diperhati semula, Tabik Hormat Diraja dan diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Brunei.

Istiadat Perbarisan Kehormat diakhiri dengan keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia diikuti dengan ahli-ahli kerabat Diraja yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA