Istiqamah dal...

Istiqamah dalam penjagaan adab berpakaian

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Mac – Setiap Muslimah yang bertakwa hendaklah berpakaian yang mematuhi syariat sebagai cara untuk mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan. Antaranya ialah menutup aurat yang mana hukumnya wajib ke atas orang-orang Islam dan merupakan suruhan Allah dan bukan sebab atas paksaan manusia.

Oleh itu, ilmu dalam adab berpakaian adalah penting agar kita tetap istiqamah dalam menjalankan kewajipan. Tambahan pula, dalam berfesyen, setiap Muslimah juga perlu mengikuti orang yang betul dan hendaklah menghormati apa yang dipakai oleh Muslimah lain.

Perkara tersebut merupakan inti pati Siri Kuliah Muslimah yang pertama bertajuk ‘Forum  3P: Precious, Protected & Pious’ bertemakan ‘Muslimah & Fesyen’ anjuran Beliawanis Badan Belia Ibadurrahman, Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang diadakan di masjid berkenaan kelmarin petang.

Salah seorang panel ketika menyampaikan ceramahnya pada forum tersebut.
Salah seorang panel ketika menyampaikan ceramahnya pada forum tersebut.

Ahli-ahli panel pada forum tersebut terdiri daripada Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Hajah Zunainah binti Haji Gunong; penceramah bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei, Dayang Saaidah Fakhriah binti Haji Yunos dan seorang usahawan fesyen Muslimah ‘Covered by AnNisa’ iaitu Hani Masir.

Forum yang dipengerusikan oleh Dayang Siti Hurul ‘Ain Diyana Haji Abdul Majid itu turut membincangkan mengenai cara-cara berpakaian Muslimah yang bertakwa serta mematuhi syariat dalam beribadat, duta agama dan pakaian Muslimah berfungsi sebagai perlindungan diri sendiri. Antara objektif forum adalah untuk menjelaskan hikmah dan kepentingan menutup aurat dalam identiti dan akhlak seorang Muslimah.

ARTIKEL YANG SAMA